KARYA DAN SUMBANGAN

Karya pertama
Sajak ‘Ayan Kekasih’ Mingguan Anika 310384
 

Pembukuan Karya:

1 Kisah Seorang Zahid (antologi cerpen) , DBP 1992
2 Dinding-dinding Kaca (antologi puisi) DBP 1997
3 Hari Terakhir Seorang Sufi (antologi cerpen) Imo Production, 2000
4 Tujuhpuluhribu Hijab (antologi puisi), Sasa 2000, 2000
5 Embun Tajali (kumpulan pelbagai karya sastera) Devisi Sastera Indonesia, Yogjakarta, 2000
6 Ole-ole dari Tanah Suci, Catatan Perjalanan Jahabersa, 2002

7 Sahara (kumpulan puisi) Toko Buku Haji Hashim, 2003
8 Berjalan Di Atas Udara (kumpulan cerita mistik), Jahabersa, 2003
9 Cinta Pohon Tamar, kumpulan puisi, Jahabersa, 2004
10 Cahaya di Negeri Ini, kumpulan puisi, Johar Poetry Network, 2005




Sejumlah besar puisi-puisi sufistiknya terdapat dalam kumpulan-kumpulan Dinding-dinding Kaca, Tujuhpuluhribu Hijab, Sahara, Cinta Pohon Tamar dan Cahaya Di Negeri Ini, telah memikat hati para audiens dan pengamat sastera sufi.Karya-karyanya pernah jua menerima pelbagai sorotan dan pandangan seperti di majalah Dewan Sastera, Berita Minggu dan di pertemuan majlis sastera nusantara.



Kumpulan Puisi Cahaya di Negeri Ini mengandungi 53 kuntum puisi pilihan yang menafsiri kehidupan dari kaca mata penyair dengan bentuk yang menarik dan pengucapan yang halus dan kudus.

Penyair cuba mengajak pembaca menyingkap tabir puisi bagi mencari makna kehidupan. Menurut penulis:

Puisi bukan sekadar menukang bahasa
Puisi bukan sekadar mencaturkan kata-kata
Puisi bukan sekadar memotretkan simbol-simbol alam
Puisi bukan sekadar membingkaikan makna falsafah
Puisi bukan sekadar memasarkan seni
Ah, puisi bukan itu bukan ini
Jangan diganggu-ganggu apakah puisi
Biarkan puisi membuka tirainya sendiri
Biarkan puisi menampilkan rohnya Biarkan puisi berbicara dengan wajahnya sendiri





Penyair Johar Buang muncul dengan sebuah antologi sufisme yang hebat-hebat belaka. 'Tujuhpuluhribu Hijab' mendapat sambutan istimewa di Indonesia dan menempatkan Johar di kalangan para penyair sufisme yang mapan di daerah nusantara.









Semenjak dua puluh satu tahun kebelakangan ini (1984-2005), Johar Buang tetap menonjolkan minatnya sebagai penyair yang memberikan tumpuan khusus kepada pengkaryaan puisi-puisi sufistik. Sejumlah besar puisi-puisi sufistiknya terdapat dalam kumpulan-kumpulan Dinding-dinding Kaca, Tujuhpuluhribu Hijab,Sahara,Cinta Pohon Tamar dan Cahaya Di Negeri Ini, telah memikat hati para audiens dan pengamat sastera sufi.Karya-karyanya pernah jua menerima pelbagai sorotan dan pandangan seperti di majalah Dewan Sastera,Berita Minggu dan di pertemuan majlis sastera nusantara. Justeru itu penampilannya sebagai penyair sufi tersohor cukup dikenali di rautau nusantara ini serta pernah menerima pelbagai anugerah sastera di dalam dan di luar negara. Kumpulan puisi Perahu Melayu Di Lautan Khulzum ini menghimpunkan sebahagian besar puisi-puisi terbaiknya yang mencerminkan kesedaran kerohanian yang amat mendalam.



Berjalan di Atas Udara disebalik apa yang terpapar di alam nyata ini, secara tiba-tiba muncul pula sesuatu kejadian aneh dan luar biasa yang di luar jangkaan anda, tak pernah kita rancangkan atau mengimpikannya, boleh terjadi di depan mata kita, sama ada ianya melibatkan diri kita atau berlaku kepada seseorang lain. Dan tentunya lebih unik dan berharga jika pengalaman-pengalaman tersebut dapat dihimpunkan menjadi santapan rohani dan cermin yang dapat menyebarkan betapa wujudnya tanda-tanda kebesaran Ilahi di sebalik realiti kehidupan ini.


Umpamanya ada manusia yang amat pendiam, tetapi boleh mendengar suara hati orang lain yang sedang dalam kesusahan ketika berdoa kepada Allah, ada yang boleh ghaib sewaktu masuk ke dalam sebuah kamar kemudian muncul semula, ada yang dapat pergi ke Tanah Suci padahal tidak pernah menabung wang, ada yang tiba-tiba memeluk Islam kerana terpandangkan sesuatu yang tidak diperasan orang lain, ada yang boleh berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang jauh dengan masa yang amat singkat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Sejajar dengan demikianlah, maka disajikan buku Berjalan Di atas Udara ini, mengimbau kepekaan penulis ke arah pengalaman masa silamnya, berisi kisah-kisah aneh dari kejadian benar, sebagaimana persembahan kisahnya diterajui sendiri oleh penulisnya dan disorot dengan amat berkesan pelbagai tema permasalahan hidup manusia di jagat ini, dengan gaya bahasa yang ternyata segar dan mengasyikkan.

Buku kecil yang berjudul Ole-Ole Dari Tanah Suci ini merupakan sebuah catatan ringkas berdasarkan pengalaman penulis sewaktu pertamakali berkunjung di Tanah Suci mengerjakan umrah pada tahun 1995.

Pergi menunaikan umrah, sudah bukan lagi perkara asing bagi masyarakat Islam yang hidup pada zaman kemudahan serba moden ini.Berumrah sudah menjadi trend masyarakat Islam memilih destinasi di musim percutian. Umrah adalah wajib seperti ibadat haji ditunaikan sekali dalam seumur hidup.Selebih daripada itu, buku yang kecil ini dihadapkan kepada para pembaca dengan harapan sekurang-kurangnya dapat berkongsi pengalaman,terutamanya kepada mereka yang sedang berura-ura hendak ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Karyanya mencerminkan pergolakan kehidupan manusia yang berhubungan dengan Maha Pencipta alam ini sebagai dasar terkuat dalam memberi nilai, penghayatan kerohanian, cermin kebenaran serta kebangkitan kehidupan manusia dari aspek lahir dan batin dalam menemukan erti kedamaian di alam sejagat. Terdapat pada sajak-sajak Johar kekuatan bahasa, malah pemilihan kata-kata atau kalimat-kalimat yang diberikan makna baru yang segar dan langsung membawa aliran dan bentuk baru dalam persajakan tanah air.