Ayan kekasih
muncullah di pintu langit itu
mari kubelai
sampai gerimis putih mendakwat
redup jantungku
ke fajar
akan kugoda laut berombak, awan,
gunung, rumput, pasir
dengan tenungan kilau tasbih tauhid
Aku-Mu bertemu.
Berapa jauhkah perjalanan ke taman Muhammad
ini rohku yang hadir dengan darah anak mujahid
kutahu Rabi'ah telah lihat rahsia itu
di kamar cahaya
kutahu hancurnya tubuh Al-Hallaj
demi kesyuhudan Haq
kupetik nilai syair Fansuri
gilakah aku di langit
ingin menatap wajah abadi
Akulah seperti Zulaikha menggoda Yusuf itu
Akulah seperti Jibril ingin menembusi nur-Mu
Akulah salik yang terpukau oleh daun-daun emas-Mu
menguning kilau daripada percik mentari
di puncak lahut
ini badanku yang tak bernama lagi.
(sumber: Kumpulan puisi Dinding-Dinding Kaca. 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka)
Assalamualaikum. Di mana boleh saya dptkan semua buku karya Johar Buang? Bantulah saya kerana buku2nya sgt menarik.
BalasPadam